Arkib

Wednesday, 5 September 2012

KHAS BUAT IBUBAPA TAHUN 6 UPSR 2012




PROGRAM KEIBUBAPAAN
AHLULZIKR MOTIVASI

PENGENALAN
            Ramai ibubapa yang berkeadaan dhaif bagi membentuk generasi yang berilmu dan menjadi manusia yang berjaya dalam hidup.
            Dalam usaha untuk mencapai hasrat murni ini, pihak ibubapa perlu terlebih dahulu mempunyai ilmu dan pengetahuan keibubapaan dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang yang tiada tolok bandingnya.
            Bagi merealisasikan tujuan tersebut, program ini dirancang bagi membantu menyalurkan maklumat sebagai panduan dalam melaksanakan kepimpinan dan tanggungjawab sebagai ibubapa cemerlang dalam alaf yang sangat mencabar ini.



DARI MANAKAH ANAK-ANAK BELAJAR ?

  1. Kehidupan

  1. Pengalaman

  1. Keluarga

  1. Kawan-kawan

  1. Guru-guru

  1. Buku Ilmiah

  1. Media massa

  1. Pemerhatian



APAKAH YANG PATUT ANDA LAKUKAN ?

#. Jadikan diri anda model yang terbaik

#. Berikan pendidikan agama kepada anak-anak

#. Tanamkan budaya cemerlang dalam diri anak

#. Dampingi selalu anak anda

#. Luangkan masa dan dengar masalah  mereka

#. Berterus terang selalu

#. Peka apa yang anak anda lakukan

#. Beri penghargaan

#. Kenali rakan mereka

#. Wujudkan suasana menyeronokan di rumah


KESILAPAN DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

  1. Kurang berdoa untuk kejayaan anak-anak
  2. Memperkecilkan kebolehan anak-anak
  3. Menegur secara negetif
  4. Kurang mendedahkan anak-anak model atau idola yang cemerlang
  5. Suasana rumahtangga yang muram
  6. Kurang bijak menjadi kawan kepada anak-anak
  7. Menunjukkan perselisihan faham rumahtangga dihadapan anak-anak
  8. Tidak menyemak buku pelajaran anak-anak
  9. Tidak mengenalpasti potensi dan kebolehan anak-anak
  10. Tidak mengawasi bahan bacaan dan tontonan anak-anak
  11. Kurang mengajar anak-anak bersosial
  12. Kurang meluangkan masa untuk bermesra dengan anak-anak
  13. Kurang menekankan makanan seimbang
  14. Kurang memberi penghargaan kepada anak-anak
  15. Kurang mewujudkan budaya ilmu di rumah
  16. Terlalu memanjakan anak-anak
  17. Memberi hukuman yang keras terhadap kesalahan anak-anak
  18. Mungkir janji
  19. Memberi kebebasan melampau
  20. Harapan yang tinggi tanpa mengenalpasti kemampuan dan kebolehan anak-anak
  21. Gagal berkomunikasi dengan baik
  22. Tidak menjadualkan pembelajaran anak

CIRI-CIRI IBUBAPA CEMERLANG

  1. Tegas dalam mendidik dan membuat keputusan
  2. Mengambil berat keperluan anak
  3. Berkeperibadian mulia sebagai role model
  4. Berkebolehan dalam segala bidang
  5. Bertenaga dan sihat
  6. Kreatif
  7. Bermatlamat jelas – ada wawasan
  8. Pendengar setia masalah dan pandangan anak-anak
  9. Tekun berusaha
  10. Bermotivasi
  11. Bijak berkomunikasi
  12. Memahami jiwa anak-anak
  13. Berilmu pengetahuan
  14. Tetap pendirian
  15. Adil
  16. Perbuatan baik dan percakapan benar
  17. Membeli sendiri buku rujukan anak
  18. Menyediakan bahan dan alatan belajar anak
  19. Menyediakan sudut dan ruang khas belajar
  20. Merangsang suasana belajar di rumah
  21. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti anjuran sekolah
  22. Selalu berdoa untuk anak-anak
  23. Prihatin terhadap kehendak anak-anak
  24. Luwes/ mudah ubah / anjal
  25. Pengasih dan penyayang


Wednesday, 25 July 2012

UPSR 2012

Doa Penerang Hati



Moga amalan doa ini sentiasa anda amalkan...
-salam sukses-

UPSR 2012

Doa Hari Peperiksaan

Doa ketika masuk dewan peperiksaan

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Doa Menerima Kertas Soalan

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa ketika sukar menjawab soalan

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Doa Jika Anda Terlupa Jawapan


Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"

UPSR 2012

Doa Selepas Ulangkaji



Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.”

UPSR 2012

Doa Start Ulangkaji




Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

UPSR 2012


7 Tips Cermerlang Peperiksaan

Info dibawah adalah dari keratan akhbar tempatan.
Harap maklum. Semoga bermanfaat.

Tips ini di ambil dari akhbar tempatan untuk perkongsian kita bersama.

Antaranya ialah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.


7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ?
Adakah anda sudah benar-benar bersedia ??

UPSR 2012


Tips Menghadapi Peperiksaan UPSR 

RENCANA hari ini khusus buat tatapan adik-adik yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Diperlihatkan satu jadual yang memuatkan aktiviti pembelajaran siang dan malam sebagai panduan adik-adik mengulangkaji lima mata pelajaran selama 30 hari sebelum peperiksaan bermula pada awal September.

Jadual ulang kaji ini hanya suatu contoh atau cadangan. Dengan yang demikian, anda boleh gunakan sepenuhnya atau gunakan sebahagian, atau membuat penyesuaiann yang seperlunya.

Apa yang saya harapkan, anda mesti memperuntukkan masa sehingga tujuh jam siang dan malam untuk membaca, mengingat dan menguasai di samping membuat latihan pengiraan dan penulisan.

Kepada ibu bapa dan sanak saudara, saya percaya sentiasa bersedia untuk memastikan anak-anak belajar menurut jadual ulang kaji cadangan ini atau jadual lain yang disenangi demi kecemerlangan dalam UPSR akan datang.

Baiklah, jadual ulang kaji UPSR ini menggunakan masa dari pukul 8 hingga pukul 5 petang dan dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.15 malam. Jangka masa ulang kaji, 30 hari.

SECEBIS NASIHAT

Adik-adik tentu mahu mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR? Syabas.

Nah, kalau anda ingin berjaya dengan cemerlang dalam UPSR, anda mesti belajar dengan penuh minat, tekun, sabar dan takwa. Minat, tekun dan sabar termasuk dalam pengertian motivasi diri. Takwa pula bermaksud bahawa anda (ibu bapa dan saudara mara anda) mesti mengerjakan solat dan sentiasa berdoa demi kesejahteraan dan kecemerlangan.

Badan anda perlu sihat supaya otak anda cerdas dan perasaan anda ceria. Makanan dan minuman perlu segar, bersih, halal, berzat dan dimasak supaya badan dan otak sihat sentiasa.

Kalau anda lulus dengan baik (sekurang-kurangnya 3A 2B), ibu bapa anda, guru-guru anda, kawan-kawan dan sanak saudara semuanya turut bergembira. Malah anda akan belajar di sekolah menengah dalam tingaktan satu yang baik. Apatah lagi kalau anda lulus dengan cemerlang (kelima-lima subjek dapat A).

Untuk cemerlang dalam peperiksaan anda mesti memaham, mengingat dan menguasai beratus-ratus topik, isi, rajah, jadual, rumus, angka dan sebagainya.

Oleh sebab itu, anda mesti menggunakan jadual belajar yang khusus sebagai panduan untuk membahagi masa yang seimbang.

Kalau anda belajar di dalam bilik darjah bersama kawan pada sebelah siang, anda hendaklah mengulang kaji pada waktu yang tidak belajar di sekolah sama ada waktu pagi atau waktu petang. Atau, anda menumpukan masa untuk ulang kaji pada sebelah malam.

Apa yang penting anda mesti mengutamakan masa untuk mengulang kaji lima subjek selama 30 hari ini.

Mudah-mudahan anda semakin menguasai setiap topik, fakta, bahasa, rajah, angka dan sebagainya.

Seperkara lagi yang mesti sentiasa diingat, bahawa setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Semasa mengulangkaji ini, ada kalanya anda terpaksa kurangkan makan, kurangkan bermain, kurangkan menonton televisyen atau kurangkan tidur.

Hanya dengan pengorbanan, iaitu kesanggupan anda untuk belajar dengan tekun, sabar dan takwa, akhirnya nanti akan mendatangkan kejayaan yang diimpikan, iaitu mendapat 5A.

sumber:utusan malaysia,