Arkib

Friday, 17 February 2012

KALAU MENCARI TEMAN...




Islam merupakan agama yg lengkap dalam semua aspek kehidupan sama ada dr segi ilmu
pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh itu, dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan
beberapa garis panduan yg kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan keburukan.

Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih
sahabat kerana Islam menegah kita mancari sahabat yg boleh membawa kpd kemungkaran seperti
fiman Allah s.w.t. dalam surah Kahfi ayat 29 yg bermaksud :

"Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupakan hatinya utk mengingat-ingat
(berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya."

Sekiranya kita memilih sahabat yg terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, sahabat
itu akan merugikan kita. Malah, lambat-laun, kita mencari sahabat yg soleh yg paling ingat-mengingati
ke jalan yg diredhai oleh Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yg
bermaksud :

"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dr kamu semua itu meniliti orang yg dikasihi."

WASIAT AL-QAMAH

Sifat-sifat yg perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi drpd wasiat
yg diberikan oleh al-Qamah kpd anaknya.Katanya :

"Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dgn seseorang maka pilihlah yg mempunyai sifat-sifat ini iaitu :
Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya,
ia akan merupakan hiasan dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah,
ia suka mencukupi keperluanmu.

Pilihlah seorang sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dgn rasa terharu, jikalau ia melihat
kebaikan yg ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungkan

Pilihlah seorang sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan utk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dgn rasa terharu, dan dianggap sangat
berguna, sedangkan jikalau ia mengetahui tentang tungkan keburukan dirimu lalu ia
suka menutupinya.

Pilihlah sahabat yg jikalau engkau meminta sesuatu drpdnya, pasti ia memberi, jikalau
engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan
kesedihan yg menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta
menghiburkanmu.

Pilihlah sahabat yg jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan
selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yg
berat, ia suka mengusahakannya dan jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka
sekali mengalah utk kepentinganmu."

Sayidina Ali menjelaskan tentang sahabat yg baik. Antara lain, beliau menyatakan...

"Sahabat yg sebenar-benarnya ialah orang yg ada di sampingmu. Ia suka membabitkan
dirinya sendiri dalam bahaya demi utk kesejahteraanmu."

Saydina Ali bukan setakat bercakap kosong, malah telah membuktikan kata-katanya
dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah s.a.w sewaktu Baginda bersama
Saydina Abu Bakar merancang utk berhijrah ke Madinah. Walaupun Saydina Ali tahu
risiko yg terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-2 Quraisy bercadang utk
menyerbu rumah Rasulullah s.a.w dam membunuhnya, tetapi Saydina Ali sanggup
menghadapi bahaya itu atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya.

Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan beliau drpd
dibunuh oleh pemuda-2 Quraisy itu.

Contoh persahabatan lain yg boleh diteladani ialah persahabatan Saidina Abu Bakar
dengan Rasulullah s.a.w. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiakan
apa yg Rasullullah katakan. Sebagai contoh, sewaktu Rasulullah menceritakan
perjalanan Israk dan Mikraj kpd semua orang di Kota Mekah, mereka tidak
mempercayai cerita Rasulullah s.a.w malah mengejek-ngejek dan menuduh Baginda
sebagai pembohong.

Mereka yg tidak percaya kpd cerita Rasulullah s.a.w telah pergi berjumpa dengan
Saidina Abu Bakar untuk menanyakan sama ada cerita tersebut benar atau sebaliknya.
Tujuan mereka adalah utk mentertawakan Saidina Abu Bakar yg menjadi sahabat baik
Rasulullah s.a.w. Apabila Saidina Abu Bakar mendengar mendengar pertanyaan
mereka, dengan tenang beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah s.a.w
bercerita sedemikian. Mereka mengatakan begitulah cerita Rasulullah s.a.w lalu tanpa
ragu-ragu Saidina Abu Bakar menyatakan apa yg Rasulullah s.a.w katakan itu
semuanya benar.

Saidina Abu Bakar bukan setakat mempercayai apa yg sahabatnya katakan tetapi juga
sanggup berkorban harta utk kepentingan perjuangan agama Islam yg dibawa oleh
sahabatnya.

PENGORBANAN SAHABAT NABI.

Di samping itu, pengorbanan yg paling besar yg diberikan oleh Saidina Abu Bakar kpd
Rasulullah s.a.w ialah apabila sanggup bersama-sama dengan sahabatnya sewaktu
berhijrah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah bukanlah satu
perjalanan yg selamat kerana orang-2 Quraisy sentiasa memusuhi dan ingin membunuh
Baginda.

Sewaktu dalam perjalanan dr Mekah ke Madinah, Saidina Abu Bakar sentiasa berada
di hadapan dan di belakang Rasulullah s.a.w. Apabila Baginda bertanya akan hal itu,
Saidina Abu Bakar menjawab...

"Aku berjalan di hadapan utk memilih jalan yg baik dan selamat sementara aku berjalan
di belakangmu utk menjaga keselamatanmu dr serangan musuh yg mengejarmu."

Sebagai kesimpulan, marilah kita perhatikan nasihat Abu Sulaiman tentang pentingnya
memilih sahabat seperti yg dianjurkan oleh Islam. Katanya...

Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2 orang ini :

Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamu
dengan jujur.

Kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan
duniamu untuk urusan akhiratmu.

Jika engkau bersahabat selain daripada 2 orang ini, pastinya engkau memiliki
kebodohan yang luar biasa besarnya.