Arkib

Monday, 12 September 2011

BUAT ANAK-ANAK KU

Anak Yang Soleh

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap
kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia
akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab
pada waktu itu juga. Ini lah kelebihannya yang tiada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi
Musa bertanya kepada Allah SWT...
“Ya Allah siapakah orang yang di syurga nanti akan berjiran dengan aku ?”.
Allah SWT menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan Nabi Musa turun dari bukit dan terus berjalan menuju ke tempat
yang diberitahu.
Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya beliau sampai ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang
tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan
rumah tidak melayan Nabi Musa dan terus masuk ke bilik dan melakukan sesuatu. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa seekor khin’zir betina yang besar dan didokong
dengan cermat. Nabi Musa terkejut dan bertanya “Apa hal ini ?” di dalam hatinya penuh
kehairanan. Khin’zir itu dimandikan dan dibersihkan dengan baik, dikeringkan, dipeluk dan
diciumnya. Selepas itu orang tersebut membawa keluar pula seekor khin’zir jantan dan
dilakukan serupa dengan khin’zir betina tadi.
Setelah selasai tugasnya, barulah orang itu melayan Nabi Musa dan lalu bertanya,
“Wahai saudara, apa agama kamu ?”.
“Tauhid agamaku”, jawab orang itu iaitu agama Islam.
“Mengapa kamu membela khin’zir, kita dilarang berbuat begitu”, kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua ekor khin’zir itu adalah kedua ibu-bapaku”,
terang orang itu. “Oleh kerana kedua-dua mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT
telah menukarkan rupa mereka kepada khin’zir. Soal dosa mereka dengan Allah adalah
urusan mereka dan urusan Allah. Aku sebagai anaknya akan berbakti dan tetap
melaksanakan kewajipan sebagai anak sepertimana yang tuan hamba lihat tadi walaupun
mereka telah bertukar menjadi khin’zir”, jelas dengan orang itu lagi.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar dosa mereka diampunkan serta menukarkan
wajah mereka seperti manusia biasa”, tambah orang itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyuNya kepada Nabi Musa.
“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, daripada hasil
baktinya yang terlalu tinggi kepada kedua ibu-bapanya, walau pun telah berubah kepada
khin’zir. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh kerana
dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami makbulkan doanya.”

                ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Itulah berkat doa anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa kedua ibu-bapa.
Walau macam mana buruk kedua ibu-bapa dan dosa kedua ibu-bapa kita, itu adalah bukan
urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana
mereka menjaga kita sewaktu masih kecil lagi hinggakan dewasa. Walau banyak mana dosa
yang dilakukan, urusan kita ialah memohonkan ampun kepada Allah SWT, semoga mendapat
tempat di akhirat dan alam kubur. Erti kasih sayang kepada ibu bapa bukanlah wang ringgit,
cukuplah dengan doa agar mendapat tempat di sisi Allah SWT.

                                 
                         


Sunday, 11 September 2011

PESANAN BUAT PELAJAR YANG INGIN BERJAYA


PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

1. Pelajar cemerlang patuh dan taat pada perintah Allah setiap masa.

-                      Tidak pernah mengabaikan solat lima waktu
-                      Bangun pagi selepas mandi, tunaikan solat subuh dahulu
-                      Pulang dari sekolah tunaikan solat zohor
-                      Sebelum keluar bermain solat asar dahulu
-                      Sebelum makan malam solat maghrib
-                      Sebelum tidur tunaikan solat isyak

2. Pelajar cemerlang menghormati dan menyayangi kedua ibubapa

-                      Tidak pernah derhaka
-                      Sentiasa ringankan tulang menolong kedua ibubapa
-                      Bercakap sopan dan tidak meninggikan suara
-                      Nasihat dan teguran ibubapa diterima dan berterima kasih diatas teguran

3. Pelajar cemerlang menghormati guru yang banyak mendidik dan memberi tunjuk ajar

-                      Bersemangat untuk belajar
-                      Datang awal ke sekolah
-                      Sentiasa memberi tumpuan terhadap pengajaran guru
-                      Tidak malu bertanya
-                      Sentiasa bersedia menolong guru

4. Pelajar cemerlang amat menghargai masa

-                      Jarang menggunakan masa dengan kegiatan tidak berfaedah
-                      Mengunakan masa terluang dengan membaca dll
-                      Tahu masa amat bernilai sekali

5. Pelajar cemerlang mempunyai sifat serta peribadi yang terpuji lagi dihormati

-                      Pelajar yang mudah didampingi dan disenangi rakan
-                      Tidak suka menyombong diri
-                      Sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala kurniaan Nya
-                      Tahu bahawa kepandai adal;ah anugerah Allah yang boleh ditarik bila-bila masa
-                      Tidak kedekut ilmu
-                      Tahu setiap pertolongan kepada orang lain akan diberi ganjaran oleh Allah

Tuesday, 6 September 2011

Doa Buat Guru Untuk Pelajar UPSR



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْب الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ . ِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأََبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ في كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ اللهِ.

YA ALLAH SEKIRANYA IBU DAN AYAH KAMI MASIH HIDUP DAN IANYA BERADA DALAM KESESATAN, BERIKANLAH HIDAYAH DAN TAUFIK DARI MU, SEKIRANNYA IBU DAN AYAH KAMI TELAH PUN PERGI MENEMUI MU, JAUHKANLAH MEREKA BERDUA DARI AZAB KUBUR DAN API NERAKA. SESUNGGUHNYA SEBAGAI SEORANG ANAK KAMI TIDAK RELA MELIHAT IBU DAN AYAH KAMI DI SEKSA DAN DI AZAB

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, BERIKANLAH HIDAYAH DAN TAUFIK-MU KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI YANG AKAN MENDUDUKI UPSR. SEMOGA DENGAN HIDAYAH DAN TAUFIK INI MEMANDU HIDUP ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI MENJADI PELAJAR YANG TERBAIK, HAMBA-MU YANG TERBAIK DAN KHALIFAH MU YANG TERBAIK.

            YA ALLAH PERELOKKANLAH AKHLAK  KAMI, HIASILAH DIRI KAMI DENGAN AKHLAK YANG MULIA. AKHLAK YANG MEWARISI AKHLAK PARA NABI DAN RASUL MU

            YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI KETENANGAN DALAM MENGHADAPI UPSR. JAUHILAH DAN HINDARILAH DI HATI MEREKA RASA KELUH KESAH, GELISAH DAN TAKUT DENGAN PEPERIKSAAN UPSR.

            YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN UPSR DENGAN MENDAPAT  5A YANG CEMERLANG (3X). 5A SEBAGAI PERMULAAN MASA DEPAN YANG  PANJANG.

            YA ALLAH PERMUDAHKANLAH ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI MENJAWAB SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN, ILHAMKANLAH KEPADA MEREKA JAWAPAN YANG BETUL DAN TEPAT

            YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI KESIHATAN YANG BAIK. SEMOGA DENGAN KESIHATAN YANG INI AKAN MEMBERI  ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI TUMPUAN SEMASA PEPERIKSAAN.

            YA ALLAH KAMI MOHON PADA MU, HADIAHKANLAH KEPADA GURU DAN SEKOLAH INI, DENGAN ENGKAU MEMBERI KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI LULUS SERATUS PERATUS DALAM PEPERIKSAAN UPSR (3X)

            YA ALLAH BERKATILAH SEGALA USAHA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6 SEKOLAH INI DENGAN ENGKAU MERAMAIKAN MEREKA MENDAPAT 5A YANG CEMERLANG (3X)  

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

Monday, 5 September 2011

Buat Ibu Mengubati Anak


Amalan Untuk Anak Sebelum Tidur

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. 
Ini ada satu petua dari seorang ibu
 
1.Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur. 

5.Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba..... .

Bestkan jadi seorang ibu....