Arkib

Monday, 11 July 2011

Selamat Datang Ramadhan


KEISTEMEWAAN BULAN RAMADHAN

1.     Bulan yang dipilih Allah untuk melakukan ibadah puasa

2.     Bulan yang dipilih Allah Malam Lailatul Qadar

3.     Bulan yang dilih untuk solat tarawih pada malamnya

4.     Bulan yang dilih untuk kita perbanyakkan ibadah

5.     Bulan dimana Rasulullah menang dalam beberapa peperangan

6.     Berlakunya Nuzul Al Quran 17 Ramadhan

7.     Bulan dipelihara dari dosa

8.     Bulan dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka

9.     Para Syaitan dibelenggu

10.                        Bulan Pengampunan

11.                        Bulan kemenangan

Sunday, 3 July 2011

SESEKALI HATI BERBICARA

BICARA HATI

Kita suka dipercayai …!
Tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain ?
Kita suka bila disanjung…!
Tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain ?
Kita tidak suka dicaci…!
Tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain ?
Kita tidak suka dikhianati…!
Tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain ?
Kita tidak suka dizalimi…!
Tetapi kenapa kita suka menzalimi orang lain ?
Kita tidak suka dibenci…!
Tetapi kenapa kita suka membenci orang lain ?
Kita tidak suka disakiti…!
Tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain ?
Kita tidak suka dipersalahkan…!
Tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain ?
Kita tidak suka dikritik…!
Tetapi mengapa kita suka mengkritik orang lain ?
Kita tidak suka hak kita dirampas...!
Tetapi mengapa kita suka merampas hak orang lain ?

Kalau kita ingin dihormati...!
Kita juga mesti belajar untuk menghormati orang lain ?
Kalau kita ingin dihargai...!
Kita juga mesti belajar untuk menghargai orang lain ?
Kalau kita ingin difahami…!
Kita juga mesti belajar untuk memahami orang lain ?
Kalau kita ingin dikasihi…!
Kita juga mesti belajar untuk mengasihi orang lain ?
Kalau kita ingin disayangi…!
Kita juga mesti belajar meyayangi orang lain ?

Kita suka bila kita dipercayai…
Kita suka bila kita dikasihi…
Kita suka bila kita dihargai...
Kita suka bila kita difahami...
Kita suka bila kita disayangi...
Kita suka bila kita dihormati...

Kita juga suka bila kita dipuji...
Tetapi !!!!!!!!!!
KENAPA KITA SERING LUPA MEMUJI PENCIPTA DAN PENTADBIR ALAM SEMESTA?
Kita juga sangat suka bila kita dicintai...
Tetapi !!!!!!!!!!
KENAPA KITA SERING LUPA UNTUK MENCINTAI DAN MENCARI RABBUL IZZATI ?
Kenapa kita jadi begini ?
Ketuklah hati ...
Koreksi peribadi ...                                                                              

Wednesday, 29 June 2011

Pilih Sahabat


SIFAT SAHABAT

1.                 Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungi mu
2.                 Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatan mu itu
3.                 Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, ia akan membantu mu
4.                 Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerimanya dengan baik
5.                 Jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripada mu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikan mu
6.                 Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripada mu, ia akan menutupnya
7.                 Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8.                 Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahan mu
9.                 Jika datang sesuatu bencana menimpa diri mu, ia akan meringankan kesusahan mu
10.             Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu
11.             Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu
12.             Jika engkau berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
-Al Qamah

Monday, 27 June 2011

Terapi

SENYUMAN
Ia Percuma Tapi Amat berharga
Ia Menjadikan Penerimanya Kaya
Tanpa Menjadikan Pemberinya Miskin
Ringkasnya Seperti Kilat
Tetapi Berlegar Di Ingatan Sepanjang Masa
Tidak Ada Sesiapa Yang terlalu Kaya Hingga Tidak memerlukannya
Tidak Ada Sesiapa Yang Terlalu Miskin Hingga Tidak Memperolehinya
Ia Menjadikan Sesebuah Rumahtangga Bahagia,
Kebaikan Dalam Perniagaan,
Dan Kemesraan Dalam Persahabatan,
Ia Memberi Kekuatan Kepada Yang Keletihan,
Memulihkan Semangat Yang Kecewa,
Mengembirakan Yang Kesedihan,
Dan Ubat Yang Mujarab Kepada Kerusingan.
Ia Tidak Boleh Dibeli, Dipinta, Dipinjam Atau Dicuri
Kerana
Ia Berharga Hanya Ia Diberi Sebagai Hadiah.
Dan Tidak Ada Sesiapa Yang Amat Memerlukan
Lebih Dari Seseorang Yang Tidak Lagi Memilikinya
Untuk Diberi Kepada Orang Lain

Sunday, 26 June 2011

Motivasi Sunnah

MENJAGA DAN MENGAMALKAN TUJUH SUNNAH RASULULLAH SETIAP HARI
                Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup (Allah S.W.T). Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
            Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah. Maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan melalui selalu menjaga tijuh sunnah Rasulullah setiap hari. Ketujuh sunnah Rasulullah itu adalah :
Pertama : Tahajjud
Kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada tahajjudnya
Kedua : Membaca Al Quran
Mulakan membaca Al Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat Al Quran dengan membacanya terlebih dahulu dangan penuh kefahaman
Ketiga : Solat Fardu Berjemaah di Masjid
Solatlah fardu lima waktu secara berjemaah terutama sekali di masjid. Jangan tinggalkan masjid. Mulakan hari dengan solat fardu Subuh. Sebelum kita melangkahkan kaki ke tempat lain di dunia ini. Langkahkanlah kaki ke masid terlebih dahulu. Ini kerana masjid merupakan pusat keberkatan. Keberkatan bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah
Keempat : Jagalah Solat Sunat Dhuha
Kunci rezki terletak pada solat sunat dhuha
Kelima : Bersedekahlah setiap hari
Allah menyukai orang-orang yang suka bersedekah. Malaikat sentiasa mendoakan untuk orang yang sentiasa bersedekah setiap hari
Keenam : Sentiasalah Berwuduk
Allah amat menyayangi hambanya yang sentiasa berkeadaan berwuduk.
Ketujuh : Amalkan Istighfar setiap saat
Dengan selalu beristighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah

Thursday, 23 June 2011

Motivasi Rohani


 PETANDA-PETANDA HILANG BARAKAH

i.                   Hilang bahagia. Selalu sahaja bermasalah

ii.                 Hilang kelazatan beribadah

iii.              Akhlak semakin kasar

iv.              Melakukan kerja tidak menjadi

v.                 Banyak berlaku krisis. Hanya nampak kesalahan orang lain sahaja

vi.              Banyak musibah yang menimpa

vii.            Susah untuk bermujahadah

viii.         Buntu fikiran , tumpul kreativiti

ix.              Derhaka dalam taat