MENJAGA DAN MENGAMALKAN TUJUH SUNNAH RASULULLAH SETIAP HARI
Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup (Allah S.W.T). Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah. Maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan melalui selalu menjaga tijuh sunnah Rasulullah setiap hari. Ketujuh sunnah Rasulullah itu adalah :
Pertama : Tahajjud
Kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada tahajjudnya
Kedua : Membaca Al Quran
Mulakan membaca Al Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat Al Quran dengan membacanya terlebih dahulu dangan penuh kefahaman
Ketiga : Solat Fardu Berjemaah di Masjid
Solatlah fardu lima waktu secara berjemaah terutama sekali di masjid. Jangan tinggalkan masjid. Mulakan hari dengan solat fardu Subuh. Sebelum kita melangkahkan kaki ke tempat lain di dunia ini. Langkahkanlah kaki ke masid terlebih dahulu. Ini kerana masjid merupakan pusat keberkatan. Keberkatan bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah
Keempat : Jagalah Solat Sunat Dhuha
Kunci rezki terletak pada solat sunat dhuha
Kelima : Bersedekahlah setiap hari
Allah menyukai orang-orang yang suka bersedekah. Malaikat sentiasa mendoakan untuk orang yang sentiasa bersedekah setiap hari
Keenam : Sentiasalah Berwuduk
Allah amat menyayangi hambanya yang sentiasa berkeadaan berwuduk.
Ketujuh : Amalkan Istighfar setiap saat
Dengan selalu beristighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah
No comments:
Post a Comment