Ahlul Zikr Motivasi
Jadikan al-Quran dekat di mata, lekat di hati NUKILAN GPK HEM SK SRI AMAR
Monday, 13 March 2017
Tuesday, 16 July 2013
TAZKIRAH RAMADHAN 1434
Renungan
Ramadhan 8
Saudara-saudari yang dirahmati
Allah,
Dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda:
Tidaklah berpuasa itu dari makan-minum
semata, tetapi berpuasa itu adalah dari
perbuatan kosong dan perkataan keji.
Maka jika kau dicaci orang atau
diperbodohnya, hendaklah kamu
mengatakan: “saya ini berpuasa, saya ini
berpuasa!”
(hadis riwayat Ibnu khuzaimah dan
Ibnu Hibban)
Jelas kepada kita bahawa puasa yang
berkualiti bukan sekadar menahan diri
dari dari makan-minum. Tetapi kita
perlu juga menahan diri dari perbuatan
kosong (lagha). Cuba bayangkan
berapa banyak perbuatan lagha yang kita buat
hari ini; dari berbual kosong
sehingga kepada bermain computer games atau
menonton television. Sebaliknya kita
perlu sibukkan harian kita dengan kerjakerja
yang produktif; untuk dunia dan
akhirat kita. Jika mempunyai luang dari
waktu bekerja mencari nafkah kita,
sibukkan diri dengan membaca al-Quran,
terjemahannya atau berzikir atau
i’tikaf atau menghadiri majlis ilmu atau
membaca buku-buku agama dan
seumpamanya.
Satu lagi adab penting orang
berpuasa ialah mengawal lidah dan perasaan.
Orang yang berpuasa adalah seorang
yang tenang, sabar dan berhati-hati dalam
percakapannya. Puasa itulah
membolehkan beliau untuk mengawal diri dari
memberi tindak balas negatif apabila
diuja dengan perkara-perkara negatif oleh
orang lain.
Abu Hurairah (ra) berkata bahawa
Rasulullah (saw) bersabda:
Dan puasa itu merupakan perisai,
maka janganlah seseorang yang berpuasa itu
berkata keji dan meninggikan suara
atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci
oleh seseorang atau diajaknya
berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini
berpuasa, saya ini berpuasa!”.
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan
Annisa’i)
Begitu kuat tuntutan kita menjaga
lidah ini ditekankan lagi dalam sebuah hadis lain pula di mana Nabi (saw)
bersabda:
Sesiapa yang tidak menghentikan
perkataan-perkataan dusta dan melakukan
kedustaan itu, maka Allah tidak
merasa perlu ia meninggalkan makanminumnya.
(hadis riwayat Jama’ah kecuali
Muslim)
Marilah kita berusaha dan berdo’a
agar Allah swt mempermudahkan kita
menjalani ibadah puasa kita dengan
paling sempurna. Semoga puasa kita hari
ini lebih baik dari semalam, dan tahun
ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Monday, 15 July 2013
RAMADHAN AL MUBARAK 1434
Renungan
Ramadhan 7
Assalamu
alaikum warahmatullah,
Saudara-saudari yang dirahmati
Allah,
Nabi (saw)
mengingatkan kita bahwa di kalangan orang yang berpuasa, ada
yang tidak memperolehi apa-apa
kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan
memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan. Di dalam spektrum yang begitu
luas, di manakah kita?
Untuk mencapai
darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita perlu
memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara
lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga menghidupkan sunat dan adab puasa
seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca
al-Quran. Tetapi itu saja tidak
mencukupi. Menurut Sheikh Said Hawwa
di dalam kitabnya al-Mustakhlas fiTazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat
tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat
meninggikan kualiti puasanya:
a.
Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau
memperdalamkan penglihatan, yakni melihat
dengan berlebih-lebihan
kepada segala sesuatu yang tercela
dan tidak baik dan dibenci oleh agama.
Demikian pula melihat apa saja yang
menyebabkan hati terpesona, sehingga
lalai daripada mengingati Allah.
b. Menjaga
lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang
melampaui batas, atau berkata kotor,
atau berkata yang sia-sia, atau
berdusta atau mengumpat, atau
mengadu domba atau berkata jijik, atau
bertengkar atau memamerkan diri
sendiri. Sebaliknya hendaklah diam atau
mengurangkan bicara yang tidak perlu
dan menyibukkan diri dengan berzikir
kepada Allah gemar membaca al-Quran
atau kitab-kitab agama.
c. Menahan
diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama,
sebab setiap perkara yang haram
diucapkan maka menjadi haram
mendengarnya.
d. Menahan
anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya
tangan dan kaki jangan sampai
melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan
perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat,
terutama di saat berbuka puasa.
e.
Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan
ketika berbuka, sekalipun makanannya
halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang
lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi. Puasa ialah untuk
mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar
memupuk
kembali syahwatnya ketika berbuka?
Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti
di waktu berbuka?
Pada siangnya,
masih ketika berpuasa, ia membeli ini dan itu yang berupa
makanan dan waktu berbuka akan
dihabiskan semua sekali. Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap
tidak berhasil. Sewajarnya, sediakanlah makanan dan makanlah sekadar seperti
mana hari-hari biasa di bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau
mengistimewakannya sehingga
merangsang lagi nafsu.
f. Hendaklah
hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau
tidak puasanya hari itu. Hatinya
berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima,
pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang mempunyai pelbagai
keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak
amalannya, lagi dimarahi
dan dimurkai-Nya. Orang yang tertipu
oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan
tidak demikian. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak
menerima malannya! Semoga Allah swt menerima membantu kita mengamalkan dan
istiqamah
dengan keenam-enam perkara di atas
ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.
RAMADHAN AL MUBARAK 1434
Renungan
Ramadhan 6
Saudara-saudari yang dirahmati
Allah,
Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai
keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira
bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu
dengan Allah nanti. Inilah
kegembiraan yang hakiki. Selain itu orang yang berpuasa juga dijanjikan
kemapunan bagi dosa yang lalu. Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah (saw) telah
bersabda:
“ Barangsiapa yang berpuasa dalam
bulan Ramadhan kerana keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah, akan
diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”
(hadis riwayat Ahmad dan
Ashabussunan)
Kalau dilihat
bentuk hadis ini, ianya seakan sama dengan hadis mengenai
keutamaan solat tarawih (lihat
Renungan Ramadhan 4). Di dalam hadis ini
bukan sahaja disebutkan janji
keampunan dosa bagi orang yang berpuasa tetapi
juga syarat untuk mendapat anugerah
ini iaitu berpuasa dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai
kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Puasa kita bukan kerana
budaya, bukan kerana adat, bukan kerana manusia, bukan kerana kesihatan, bukan
kerana ketiadaan makanan. Tetapi kerana keazaman kita memenuhi tuntutan iman
dan benar-benar
mengharapkan keredhaan Allah.
Niat dan
keazaman yang sedemikian akan menyebabkan kita tekun menjaga
syarat-syarat dan adab-adab dalam
puasa kita; bagi melayakkan kita mendapat
keampunan bagi dosa-dosa kita yang
lalu. Abu Said al-Khudri berkata bahawa
Nabi (saw) pernah bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa pada
bulan Ramadhan dan mengetahui batasbatasnya
dan ia menjaga diri dari segala apa
yang patut dijaga, dihapuskanlah
dosanya yang sebelumnya.” (hadis
riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Saudara-saudari yang budiman,
Jelas kepada
kita bahawa hanya puasa yang terjaga dari batas-batasnya sahaja
yang akan diterima dan layak untuk
menerima keistimewaan yang dijanjikan.
Sebab itu Nabi (saw) memberi kita
peringatan, sekiranya kita tidak berhati-hati,
kita mungkin terjerumus ke dalam
golongan manusia yang tidak memperolehi
apa-apa dari puasa dan solat tarawih
mereka.
Abu Hurairah berkata Nabi (saw)
bersabda: “Berapa banyak orang yang
berpuasa, tetapi tiada yang
diperolehinya kecuali rasa lapar dan berapa banyak
orang bersembahyang malam, tetapi
tiada yang ia perolehi selain dari rasa
mengantuk” (hadis riwayat an-Nisai
dan Ibn Majah)
Yang
dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa hanya dengan berlapar
tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah dalam menjaga
adab-adab dan batasbatasnya
yang lain. Semoga Allah menjauhi
kita dari termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar dahaga
tetapi tidak memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak
berampun.
Semoga Allah swt menerima puasa
kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu kita ke arah meningkatkan
kualiti puasa kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)