Renungan
Ramadhan 8
Saudara-saudari yang dirahmati
Allah,
Dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda:
Tidaklah berpuasa itu dari makan-minum
semata, tetapi berpuasa itu adalah dari
perbuatan kosong dan perkataan keji.
Maka jika kau dicaci orang atau
diperbodohnya, hendaklah kamu
mengatakan: “saya ini berpuasa, saya ini
berpuasa!”
(hadis riwayat Ibnu khuzaimah dan
Ibnu Hibban)
Jelas kepada kita bahawa puasa yang
berkualiti bukan sekadar menahan diri
dari dari makan-minum. Tetapi kita
perlu juga menahan diri dari perbuatan
kosong (lagha). Cuba bayangkan
berapa banyak perbuatan lagha yang kita buat
hari ini; dari berbual kosong
sehingga kepada bermain computer games atau
menonton television. Sebaliknya kita
perlu sibukkan harian kita dengan kerjakerja
yang produktif; untuk dunia dan
akhirat kita. Jika mempunyai luang dari
waktu bekerja mencari nafkah kita,
sibukkan diri dengan membaca al-Quran,
terjemahannya atau berzikir atau
i’tikaf atau menghadiri majlis ilmu atau
membaca buku-buku agama dan
seumpamanya.
Satu lagi adab penting orang
berpuasa ialah mengawal lidah dan perasaan.
Orang yang berpuasa adalah seorang
yang tenang, sabar dan berhati-hati dalam
percakapannya. Puasa itulah
membolehkan beliau untuk mengawal diri dari
memberi tindak balas negatif apabila
diuja dengan perkara-perkara negatif oleh
orang lain.
Abu Hurairah (ra) berkata bahawa
Rasulullah (saw) bersabda:
Dan puasa itu merupakan perisai,
maka janganlah seseorang yang berpuasa itu
berkata keji dan meninggikan suara
atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci
oleh seseorang atau diajaknya
berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini
berpuasa, saya ini berpuasa!”.
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan
Annisa’i)
Begitu kuat tuntutan kita menjaga
lidah ini ditekankan lagi dalam sebuah hadis lain pula di mana Nabi (saw)
bersabda:
Sesiapa yang tidak menghentikan
perkataan-perkataan dusta dan melakukan
kedustaan itu, maka Allah tidak
merasa perlu ia meninggalkan makanminumnya.
(hadis riwayat Jama’ah kecuali
Muslim)
Marilah kita berusaha dan berdo’a
agar Allah swt mempermudahkan kita
menjalani ibadah puasa kita dengan
paling sempurna. Semoga puasa kita hari
ini lebih baik dari semalam, dan tahun
ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
No comments:
Post a Comment