Arkib

Sunday, 13 November 2011

BEBERAPA KESILAPAN IBUBAPA MENDIDIK ANAK-ANAK

  Pengenalan
                Anak-anak adalah amanah dari Allah dan ianya sebahagian dari ujian Allah pada hamba-hamba-Nya. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu adalah ujian” (S. At Taghabun 64:15)
                Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya pada hari akhirat sebagaimana maksud hadis nabi :
“Nabi bersabda,Tahukah engkau siapa orang yang mandul? Berkata sahabat’ orang yang mandul ialah
orang yang tidak mempunyai anak. Lalu nabi bersabda orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia mati”

            Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak :

1.  Ibubapa Kurang Berdoa
1.1                Semasa mengandung
-          Saidul Istighfar
-          Memohon rahmat (Surah Al Imran ayat 8 dan 9)
-          Memohon zuriat yang baik (Surah Al Imran ayat 38)
-          Agar anak kerjakan solat (Surah Ibrahim ayat 40 dan 41)

1.2                Semasa membesarkan anak
-          Agar anak patuh pada Allah (S. Al Baqarah 128)
-          Anak-anak sejuk mata hati ibubapa memandang (S. Al Furqan 74)
-          Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya

2.  Ibubapa kurang menghidupkan sunnah dirumah seperti memberi salam, makan berjemaah, ibadah bersama-sama   dan lain-lain sunnah. Dalam menjawab salam lazimkan menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi

3.   Ibubapa kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan solat berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak islam.

4.  Ibubapa banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada belaian Targhrib (didikan / motivasi) seperti
-          Takutkan anak-anak dengan sekolah
-          Takutkan anak-anak dengan tempat gelap
-          Takutkan anak-anak dengan hutan rimba dan bukit bukau
-          Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak-anak tidur
-          Dan lain-lain belaian menakutkan anak-anak
5.     Memberi didikan tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda. Ramai ibubapa lebihkan
        pendidikan minda sahaja

6.     Tidak tegas dalam mendidik anak
                - Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
                - Terlalu menfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan 
                 Anak

7.     Menegur anak secara negatif
                - Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak terutama ketika marah
                - Membandingkan anak-anak dengan anak-anak yang lain atau anak orang lain

8.     Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan nabi kerap dilihat mendukung
        cucunya dan mencium mereka.

9.     Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
- Ibubapa tunjukkan cara berpakaian yang tidak kemas dan tidak menepati kehendak syarak bila    
  berada diluar rumah iatu berpakaian selekeh atau seksi dihadapan anak-anak

10.    Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengdkibatkan anak-anak terikut dengan cara itu dan
         membesar menjadi pemalas dan selekeh

11.    Tidak menggantungkan rotan ditempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam islam, merotan
         anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah

12.    Bertengkar dihadapan anak-anak. Ini menyebabkan ana-anak rasa tertekan dan membenci salah
         seorang dari ibubapanya.

13.    Membenarkan orang yang tidak elok akhlak masuk ke dalam rumah kita baik dari kalangan sahabat
         sendiri ataupun sahabat anak-anak kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-
         anak yang masih membesar

14.    Kurang mengawasi rancangan yang ditonton sama ada TV, video atau internet. Pengawasan dalam
         hal ini penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang tidak baik
         seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbuatan
         yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15.    Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang
         akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu menjadi satu kepentingan kita untuk 
         berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan islam

No comments:

Post a Comment