Apabila menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia
lebih
tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik
anak-anak
menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku,
majalah
dan seminar.
Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab
yang
mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah SWT.
Justeru
itu, Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan
oleh
Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada
anaknya
ialah:
1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah
kata-kata
para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang
mati
dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang
lebat.
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia
telah
berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih
terbaring di
atas katilmu.
3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu
akan
datang tiba-tiba.
4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah
ditenggelamkannya.
Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan.
Orang yang
lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika
berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan
memerlukan
pertolongan daripadanya.
7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih
sedikit
daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit
daripada yang
lebih sedikit tadi.
AQIDAH
Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan
seorang
muslim. Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam. Dewasa ini
kita
dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi pemikiran,
perkataan
mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca daripada tidak memahami aqidah
Islam secara mendalam.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai
anak
kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang
lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang
besar."(Surah
Luqman: 31).
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada
anaknya
supaya tidak melakukan syirik kepada Allah SWT. Jiwa anak yang masih
suci itu
harus dibersihkan daripada sebarang kerosakan dan kesesatan yang
berpunca
daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid mesti diajar dan ditanam
ke dalam jiwa
anak-anak sejak dari kecil lagi.
Kebanyakan ibu bapa hari ini tidak menekankan pelajaran tauhid kepada
anak-anak.
Bukan sahaja demikian bahkan terdapat juga di kalangan ibu bapa tidak
tahu
mengenai pelajaran tauhid. Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya
anak-anak
generasi muda mudah tergelincir
keimanannya?
Syirik amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu tidak
ditanamkan
dengan aqidah untuk beriman dengan Allah SWT secara kental. Membentuk
jiwa
anak-anak agar sentiasa mengingati Allah dalam segala gerak geri dan
perbuatannya
adalah menjadi tugas dan tujuan yang paling utama bagi setiap
pendidikan.
Hal yang demikian tidak mungkin berlaku kecuali setelah setiap pendidik
membiasakan anak-anak mengingati Allah ketika mereka sedang bekerja,
berfikir
dan mendapat sesuatu. Ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan
membiasakan mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa.
Sebagai
contoh Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa:
"Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan
memerhatikan
bapa saudaraku solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada aku,
adakah
engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau? Lalu aku bertanya,
bagaimana
cara mengingati-Nya?, kemudian beliau berkata kepada ku, sebutkan dalam
hatimu
tiga kali ketika hendak tidur tanpa menggerakkan lidah mu (Allah
bersamaku, Allah
melihatku dan Allah menyaksikanku).
Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku
menyebutnya tujuh
kali pada setiap malam. Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali
sehingga aku
merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa
setahun, maka
dia berkata kepadaku, "Wahai Sahal! jagalah baik-baik apa yang aku
ajarkan engkau
itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur."
Katanya lagi, "Wahai Sahal! Siapa yang mengetahui dan menyedari
yang Allah
sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat
lagi?
Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksiat." Melalui proses
latihan yang
disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni muncullah Sahal
menjadi
seorang ulama' yang terkenal.
SOLAT
Firman Allah bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman:
17). Islam
memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah
diberikan
kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama, sebagaimana sabda
Rasulullah
s.a.w bermaksud: "Pokok pangkal sesuatu adalah Islam, tiangnya
adalah solat dan
kemuncaknya adalah jihad fi sabillillah." Solat yang dikhendaki
oleh Islam bukanlah
sekadar berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan
badan.
Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian
dan
tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan
keagungan dan
kebesaran Allah, itulah solat yang
diterima oleh Allah SWT.
Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa
seseorang.
Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan
dan
melatih badan agar sentiasa segar dan cergas. Dari segi akhlak pula ia
mencegah
perbuatan mungkar dan menjaga waktu manakala dan dari segi
kemasyarakatan
solat mendidik persamaan dan persaudaraan.
Berbakti kepada kedua ibu bapa
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,
ibunya
mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah
kepadaKu dan
kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali." (Surah
Luqman: 41)
Ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki
tempat
yang kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh kerana itu,
tiada
seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat menyamai kedua dua ibu
bapa.
Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke atas setiap anak dalam apa jua
keadaan
sekalipun ia merupakan asas terpenting dalam pendidikan Islam.
Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah
mudah
bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan
menghormati
kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati jiran
tetangga,
guru-guru dan seterusnya menghormati manusia seluruhnya.
SABAR
Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan,
melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya
bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan
kesabaran.
Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan
lain.
Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat
panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju
matlamat.
JANGAN SOMBONG
Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang merasakan
dirinya
lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang yang takabur dikuasai
oleh
sifat-sifat buruk lain seperti taksub, mudah marah, dendam dan hasad
dengki.
Sebaliknya, Islam menganjurkan tawadduk kerana ia salah satu sifat
terpuji yang
amat digalakkan oleh Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan
dan
perbalahan, maka tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan,
mengukuhkan perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan.
KESEDERHANAAN
Kesederhanaan menggambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku.
Tenang
dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang sangat
dituntut oleh
Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika bercakap adalah menjadi
ukuran
pekerti mulia.
DAKWAH
Adalah menjadi fardhu ain bagi setiap muslim supaya melaksanakan tugas
menyuruh
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Firman Allah bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru
kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang
mungkar,
merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran: 104).
Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap meliputi
asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab itulah Allah
telah
merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan contoh kepada umat
Islam
sepanjang zaman.