Ramai yang merasakan bahawa mendidik
anak-anak untuk cemerlang memerlukan ilmu keibubapaan yang mendalam.
Sebenarnya apa yang anda perlukan ialah naluri kemanusiaan. Sekiranya
anda cuba
memahami kenapa seseorang anak melakukan atau bertindak dalam sesuatu perkara
maka lebih mudah untuk anda merangka penyelesaian dan memikirkan pendekatan
terbaik menangani dan menasihati mereka. Cara terbaik ialah meletakkan
diri anda ditempat mereka dan tanya diri sendiri kenapa aku melakukannya begini.
Satu perkara yang anda perlu faham tentang
tingkahlaku ialah:
‘Semua tingkahlaku adalah untuk kebaikan
diri sendiri’
Mungkin tingkahlaku anak-anak anda tidak
seiring dengan adab sopan, peraturan atau disiplin tetapi percayalah mereka
melakukannya kerana ada sesuatu yang mereka cari untuk kepuasan diri mereka
sendiri. Setelah anda memahami ‘hukum’ ini maka anda perlu memikirkan
sama ada anak perlu dipuji atau perlu dihukum. Dua perkara ini sangat
penting dan perlu dilakukan dengan berkesan agar ia melahirkan anak-anak yang
positif mindanya.
Sayangnya, tidak ramai ibu bapa yang tahu
bagaimana nak memuji atau menhukum anak-anak mereka. Ada ketikanya pujian yang diberikan bagaikan
melepaskan batuk ditangga dan tidak berkesan. Ada ketikanya hukuman yang dikenakan pula
tidak setimpal, tidak adil dan terlalu mengikut perasaan lalu anak-anak tidak
mempelajari apa-apa disebalik kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman
terdiri dalam pelbagai bentuk iaitu:
- Dimarahi dengan kata-kata tetapi tidak menyentuh sifat anak, hanya menyentuh tingkahlaku mereka.
- Dipukul sedikit (bagi anak-anak yang belum remaja).
- Didenda untuk melakukan kerja seperti kerja-kerja rumah.
- Disekat sementara dari mereka menikmati hiburan kegemaran atau keluar bersama rakan-rakan.
- Dikurangkan wang saku berbanding seperti lazimnya untuk tempoh waktu tertentu.
- Lain-lain.
Adalah penting bahawa hukuman hanya
diberikan setelah anak-anak terlebih dahulu dimaklumkan akibat daripada
tingkahlaku buruk mereka. Sebab itu kesalahan pertama anak tidak wajar
terus dimarahi dan didenda. Biasanya apabila ia merupakan kesalahan
pertama, ibu bapa perlu sekadar memaklumkan yang mereka marah tetapi tidak
menunjukkan kemarahan tersebut. Selepas itu anak diberitahu apa akibatnya
kalau kesalahan itu berulang.
Untuk memuji dan memarahi/menghukum secara
berkesan langkah-langkah seperti berikut hendaklah digunakan:
- Maklumkan pada anak-anak sejak awal-awal lagi bahawa anda akan sentiasa melihat dan memberitahu mereka tentang perkembangan tingkahlaku mereka. Nyatakan juga apa bentuk ganjaran atau hukuman yang akan mereka terima.
- Pujian dan hukuman mesti disegerakan.
- Nyatakan kebaikan atau kesalahan mereka secara spesifik.
- Nyatakan dengan jelas apa perasaan anda dan nyatakan apa kesan tingkahlaku mereka terhadap maruah keluarga atau masa depan mereka.
- Diam seketika agar anak anda dapat memahami dan merasakan sama apa yang sedang anda rasai.
- Kalau ia suatu pujian, galakkan anak-anak untuk mengulangi tingkahlaku baiknya itu. Sebaliknya, kalau ia suatu hukuman, pastikan anak anda tidak mengulanginya dimasa-masa
- yang akan datang. Nyatakan dengan jelas apa tindakan anda sekiranya mereka mengulanginya dilain masa.
- Lihat mata anak ketika anda bercakap, sentuh anak-anak ketika anda membina keyakinannya.
No comments:
Post a Comment