Arkib

Sunday, 2 October 2011

Buat Anak Didik Ku Yang Bakal Menghadapi PMR

AMALAN SEMINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.
2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.
3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.
4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.
Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri
AMALAN MALAM HARI PEPERIKSAAN
1. Lakukan Amalan Kerohanian :
Solat hajat
Doa
Mohon Restu Ibu Bapa
2. Sediakan semua keperluan peperiksaan
Pakaian
Alat tulis
Air Mineral
Jam
Gula-gula
lain-lain Keperluan
3. Tidur Awal
Elakkan menonton TV
Memasang jam Penggera Untuk bangun awal

No comments:

Post a Comment