KASIHNYA IBU MEMBAWA
KE SYURGA,
KASIHNYA AYAH
SEPANJANG MASA,
KASIHNYA SAUDARA
SEMASA BERADA.
-Sejauh mana kita
pernah menghayati dan menghargainya ?
marilah sama-sama
kita mendengar dan menghayati pesanan di
bawah, semoga kita tergolong dalam golongan anak yang soleh dan mengenang budi
seorang ibu.
* Semasa kita berumur
1 tahun, ibu menyuapkan kita makan & memandikan kita;
& Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang
malam.
*Semasa kita berumur
3 tahun, ibu menyiapkan makanan yang istimewa dan berzat untuk kita.
& Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan
ke atas lantai.
*Semasa kita berumur
4 tahun, ibu membelikan kita crayon,
& Kita membalas budinya dengan menconteng dinding
rumah.
*Apabila kita berumur
7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah;
& Kita membalasnya dengan melemparkan beg sekolah
ke atas tanah.
*Apabila kita berumur
10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa shopping, menghantar
kita kerumah kawan dan sebagainya.
& Kita tidak langsung menoleh kebelakang dan
mengucapkan terima kasih
*Apabila kita berumur
12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak
menonton televisyen.
& Kita membalas budi ibu dengan asyik menonton TV,
sebaik sahaja ibu keluar dari
rumah.
*Apabila kita berumur
13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
& Kita membalas budi ibu dengan berkata bahawa ibu
tak tahun style zaman terkini
*Apabila kita berumur
16 tahun, ibu inginkan dakapan seorang anak setelah penat bekerja sehari suntuk
menyara keluarga
& Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita
dan bersendirian di dalam bilik.
*Apabila kita berumur
17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis kegembiraan,
& Kita membalas budi ibu dengan tidak balik ke
rumah hingga larut malam kerana enjoy dengan kawan-kawan meraikan kejayaan kita.
* Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak
untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang
sampai ke hostel
& Kita membalas budi ibu dengan
bersalaman dengan ibu di luar dorm kerana malu dilihat oleh
kawan-kawan lantaran ibu memakai pakaian
yang kekampungan.
* Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan
tinggal di rumah sendiri, ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru.
& Kita membalas budi ibu
dengan membiarkan baju itu usang di dalam almari tanpa memakainya
kerana pakaian itu kononnya tidak “ up to date”.
* Apabila kita berumur 24 tahun, kita telah membeli sebuah kereta baru
dan ibu sangat teringin merasai kereta
baru anaknya.
& Kita membalas budi ibu
dengan berkali-kali memberi peringatan supaya menghentakkan selipar terlebih
dahulu supaya kereta tidak kotor dan jangan menutup pintu dengan kuat kerana
nanti tercalar.
*Apabila kita berumur 27 tahun, ibu menelefon dan memberi nasihat
tentang penjagaan bayi iaitu anak kita yang juga cucunya.
& Kita membalas budi ibu
dengan berkata. “Zaman sekarang lain ibu, zaman internet dan zaman sains
teknologi mesti asuh anak-anak mengikut zaman terkini.”
* Apabila kita berumur 40 tahun, ibu menelefon dan memaklumkan majlis
kenduri di kampung.
& Kita membalas budi ibu
dengan berkata, “Saya sibuk!!”
* Apabila kita berumur 50 tahun
, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang dari anaknya.
& Kita membalas budi ibu
dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal dan merungut
tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.
Dan kemudian, pada suatu hari, ibu meninggal dunia, dan tidaklah kita
sempat untuk membalas segala jasa ibu semasa hidupnya , walaupun kita menangis
sehingga air mata bertukar menjadi darah sekalipun, namun ibu tetap pergi tak
akan kembali lagi.
WAHAI ANAK-ANAK INGATLAH !!
Selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah mereka dan jika ibu sudah
meninggal dunia, kenanglah jasa mereka dan sedekah Al-Fatihah setiap kali
selepas solat.
No comments:
Post a Comment