Arkib

Sunday, 25 December 2011

10 Amal Membawa Kecintaan Allah

           "Ketahuilah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan  keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" (QS. At-Taubah:24)


            Kita semua mengaku mencintai Allah. Pengakuan saja tidak cukup, perlu pembuktian. Di antara kita harus menjalankan dan mencintai amal yang dicintai Allah SWT, bahkan apa yang dicintai Allah, harus lebih kita utamakan daripada apa  yang kita cintai dan yang dicintai oleh orang dekat kita seperti ayat di atas.

 Ibnul Qoyyim, seorang ulama abad VII, menjelaskan ada sepuluh amal yang dapat membangun kecintaan kita kepada  Allah:

     1.Membaca Al-Quran dan memahaminya.

     2.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menjalankan sunnah-sunnah sesudah   
        selesai menjalankan kewajiban.

     3.Selalu berdzikir dalam segala kondisi, dengan lidah, hati, dan amal perbuatan.

     4.Mengutamakan apa yang dicintai Allah terutama jika bersinggungan dengan hawa   
        nafsu kita.

     5.Mengingat dan menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah yang mulia (Asmaullah
        Al-Husna) sambil  meresapinya.

     6.Memperhatikan karunia dan pemberian Allah baik yang terlihat maupun yang tidak
        terlihat.

     7.Menundukan hati sepenuhnya kepada Allah SWT.

     8.Menyendiri di waktu malam untuk sholat tahajjud, membaca Al-Quran dan
        bermunajat kepada Allah SWT.

     9.Bergaul dengan para ulama dan orang-orang sholeh, serta mengambil buah baik
        dari pembicaraan mereka.

    10.Menghindari segala macam hal yang dapat mempengaruhi hubungan hati kita  
         kepada Allah SWT (lihat QS. Al-Baqarah:165)

Sunday, 13 November 2011

BEBERAPA KESILAPAN IBUBAPA MENDIDIK ANAK-ANAK

  Pengenalan
                Anak-anak adalah amanah dari Allah dan ianya sebahagian dari ujian Allah pada hamba-hamba-Nya. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu adalah ujian” (S. At Taghabun 64:15)
                Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya pada hari akhirat sebagaimana maksud hadis nabi :
“Nabi bersabda,Tahukah engkau siapa orang yang mandul? Berkata sahabat’ orang yang mandul ialah
orang yang tidak mempunyai anak. Lalu nabi bersabda orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia mati”

            Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak :

1.  Ibubapa Kurang Berdoa
1.1                Semasa mengandung
-          Saidul Istighfar
-          Memohon rahmat (Surah Al Imran ayat 8 dan 9)
-          Memohon zuriat yang baik (Surah Al Imran ayat 38)
-          Agar anak kerjakan solat (Surah Ibrahim ayat 40 dan 41)

1.2                Semasa membesarkan anak
-          Agar anak patuh pada Allah (S. Al Baqarah 128)
-          Anak-anak sejuk mata hati ibubapa memandang (S. Al Furqan 74)
-          Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya

2.  Ibubapa kurang menghidupkan sunnah dirumah seperti memberi salam, makan berjemaah, ibadah bersama-sama   dan lain-lain sunnah. Dalam menjawab salam lazimkan menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi

3.   Ibubapa kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan solat berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak islam.

4.  Ibubapa banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada belaian Targhrib (didikan / motivasi) seperti
-          Takutkan anak-anak dengan sekolah
-          Takutkan anak-anak dengan tempat gelap
-          Takutkan anak-anak dengan hutan rimba dan bukit bukau
-          Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak-anak tidur
-          Dan lain-lain belaian menakutkan anak-anak
5.     Memberi didikan tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda. Ramai ibubapa lebihkan
        pendidikan minda sahaja

6.     Tidak tegas dalam mendidik anak
                - Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
                - Terlalu menfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan 
                 Anak

7.     Menegur anak secara negatif
                - Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak terutama ketika marah
                - Membandingkan anak-anak dengan anak-anak yang lain atau anak orang lain

8.     Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan nabi kerap dilihat mendukung
        cucunya dan mencium mereka.

9.     Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
- Ibubapa tunjukkan cara berpakaian yang tidak kemas dan tidak menepati kehendak syarak bila    
  berada diluar rumah iatu berpakaian selekeh atau seksi dihadapan anak-anak

10.    Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengdkibatkan anak-anak terikut dengan cara itu dan
         membesar menjadi pemalas dan selekeh

11.    Tidak menggantungkan rotan ditempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam islam, merotan
         anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah

12.    Bertengkar dihadapan anak-anak. Ini menyebabkan ana-anak rasa tertekan dan membenci salah
         seorang dari ibubapanya.

13.    Membenarkan orang yang tidak elok akhlak masuk ke dalam rumah kita baik dari kalangan sahabat
         sendiri ataupun sahabat anak-anak kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-
         anak yang masih membesar

14.    Kurang mengawasi rancangan yang ditonton sama ada TV, video atau internet. Pengawasan dalam
         hal ini penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang tidak baik
         seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbuatan
         yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15.    Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang
         akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu menjadi satu kepentingan kita untuk 
         berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan islam

Thursday, 3 November 2011

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang


          Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. 

           Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 

1. bertaubat 
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki 

           Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. 

          Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."  Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Thursday, 27 October 2011

Cara Menghukum Anak


          Ramai yang merasakan bahawa mendidik anak-anak untuk cemerlang memerlukan ilmu keibubapaan yang mendalam.  Sebenarnya apa yang anda perlukan ialah naluri kemanusiaan.  Sekiranya anda cuba memahami kenapa seseorang anak melakukan atau bertindak dalam sesuatu perkara maka lebih mudah untuk anda merangka penyelesaian dan memikirkan pendekatan terbaik menangani dan menasihati mereka.  Cara terbaik ialah meletakkan diri anda ditempat mereka dan tanya diri sendiri kenapa aku melakukannya begini.

Satu perkara yang anda perlu faham tentang tingkahlaku ialah:

‘Semua tingkahlaku adalah untuk kebaikan diri sendiri’

          Mungkin tingkahlaku anak-anak anda tidak seiring dengan adab sopan, peraturan atau disiplin tetapi percayalah mereka melakukannya kerana ada sesuatu yang mereka cari untuk kepuasan diri mereka sendiri.  Setelah anda memahami ‘hukum’ ini maka anda perlu memikirkan sama ada anak perlu dipuji atau perlu dihukum.  Dua perkara ini sangat penting dan perlu dilakukan dengan berkesan agar ia melahirkan anak-anak yang positif mindanya.

          Sayangnya, tidak ramai ibu bapa yang tahu bagaimana nak memuji atau menhukum anak-anak mereka.  Ada ketikanya pujian yang diberikan bagaikan melepaskan batuk ditangga dan tidak berkesan.  Ada ketikanya hukuman yang dikenakan pula tidak setimpal, tidak adil dan terlalu mengikut perasaan lalu anak-anak tidak mempelajari apa-apa disebalik kesalahan yang telah dilakukan.  Hukuman terdiri dalam pelbagai bentuk iaitu:
  1. Dimarahi dengan kata-kata tetapi tidak menyentuh sifat anak, hanya menyentuh tingkahlaku mereka.
  2. Dipukul sedikit (bagi anak-anak yang belum remaja).
  3. Didenda untuk melakukan kerja seperti kerja-kerja rumah.
  4. Disekat sementara dari mereka menikmati hiburan kegemaran atau keluar bersama rakan-rakan.
  5. Dikurangkan wang saku berbanding seperti lazimnya untuk tempoh waktu tertentu.
  6. Lain-lain.
Adalah penting bahawa hukuman hanya diberikan setelah anak-anak terlebih dahulu dimaklumkan akibat daripada tingkahlaku buruk mereka.  Sebab itu kesalahan pertama anak tidak wajar terus dimarahi dan didenda.  Biasanya apabila ia merupakan kesalahan pertama, ibu bapa perlu sekadar memaklumkan yang mereka marah tetapi tidak menunjukkan kemarahan tersebut.  Selepas itu anak diberitahu apa akibatnya kalau kesalahan itu berulang.

Untuk memuji dan memarahi/menghukum secara berkesan langkah-langkah seperti berikut hendaklah digunakan:
  1. Maklumkan pada anak-anak sejak awal-awal lagi bahawa anda akan sentiasa melihat dan memberitahu mereka tentang perkembangan tingkahlaku mereka.  Nyatakan juga apa bentuk ganjaran atau hukuman yang akan mereka terima.
  2. Pujian dan hukuman mesti disegerakan.
  3. Nyatakan kebaikan atau kesalahan mereka secara spesifik.
  4. Nyatakan dengan jelas apa perasaan anda dan nyatakan apa kesan tingkahlaku mereka terhadap maruah keluarga atau masa depan mereka.
  5. Diam seketika agar anak anda dapat memahami dan merasakan sama apa yang sedang anda rasai.
  6. Kalau ia suatu pujian, galakkan anak-anak untuk mengulangi tingkahlaku baiknya itu.  Sebaliknya, kalau ia suatu hukuman, pastikan anak anda tidak mengulanginya dimasa-masa
  7. yang akan datang.  Nyatakan dengan jelas apa tindakan anda sekiranya mereka mengulanginya dilain masa. 
  8. Lihat mata anak ketika anda bercakap, sentuh anak-anak ketika anda membina keyakinannya.

Friday, 21 October 2011

Enam Pesanan Khusus Untuk Wanita



Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid :
oleh ulama muktabar


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabat zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.
Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan

Tuesday, 18 October 2011

MENGENANG BUDI SEORANG IBU


KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA,
KASIHNYA AYAH SEPANJANG MASA,
KASIHNYA SAUDARA SEMASA BERADA.
-Sejauh mana kita pernah menghayati  dan menghargainya ?
marilah sama-sama kita mendengar  dan menghayati pesanan di bawah, semoga kita tergolong dalam golongan anak yang soleh dan mengenang budi seorang ibu.

* Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan kita makan & memandikan kita;
& Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

*Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan yang istimewa dan berzat untuk kita.
& Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

*Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan kita crayon,
& Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.

*Apabila kita berumur 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah;
& Kita membalasnya dengan melemparkan beg sekolah ke atas tanah.

*Apabila kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa shopping, menghantar kita kerumah kawan dan sebagainya.
& Kita tidak langsung menoleh kebelakang dan mengucapkan terima kasih

*Apabila kita berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak
menonton televisyen.
& Kita membalas budi ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.

*Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
& Kita membalas budi ibu dengan berkata bahawa ibu tak tahun style zaman terkini

*Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan seorang anak setelah penat bekerja sehari suntuk menyara keluarga
& Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

*Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis kegembiraan,
& Kita membalas budi ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana enjoy  dengan kawan-kawan meraikan kejayaan kita.

 * Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel
& Kita membalas budi ibu dengan bersalaman dengan ibu di luar dorm kerana malu dilihat oleh kawan-kawan lantaran  ibu memakai pakaian yang kekampungan.

* Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri, ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru.
& Kita membalas budi ibu dengan membiarkan baju itu usang di dalam almari tanpa memakainya kerana pakaian itu kononnya tidak “ up to date”.

* Apabila kita berumur 24 tahun, kita telah membeli sebuah kereta baru dan ibu sangat teringin merasai  kereta baru anaknya.
& Kita membalas budi ibu dengan berkali-kali memberi peringatan supaya menghentakkan selipar terlebih dahulu supaya kereta tidak kotor dan jangan menutup pintu dengan kuat kerana nanti tercalar.

*Apabila kita berumur 27 tahun, ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi iaitu anak kita yang juga  cucunya.
& Kita membalas budi ibu dengan berkata. “Zaman sekarang lain ibu, zaman internet dan zaman sains teknologi mesti asuh anak-anak mengikut zaman terkini.”

* Apabila kita berumur 40 tahun, ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung.
& Kita membalas budi ibu dengan berkata, “Saya sibuk!!”

 * Apabila kita berumur 50 tahun , ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang dari anaknya.
& Kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, ibu meninggal dunia, dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa ibu semasa hidupnya , walaupun kita menangis sehingga air mata bertukar menjadi darah sekalipun, namun ibu tetap pergi tak akan kembali lagi.

WAHAI ANAK-ANAK INGATLAH !!

Selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah mereka dan jika ibu sudah meninggal dunia, kenanglah jasa mereka dan sedekah Al-Fatihah setiap kali selepas solat.