Renungan
Ramadhan 2
Saudara-saudari yang dirahmati
Allah,
Allah swt
berfirman, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)
Ayat ini merupakan
ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di samping
menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah puasa
kita “agar kamu bertaqwa”. Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh
dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah:
“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang
bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”
(Surah al-Qalam:34)
“ Dan bersegeralah kepada keampunan
dari Tuhan-mu dan syurga yang
bidangnnya seluas langit dan bumi
yang disediakan bagi orang-orang yang
bertaqwa.”
(Surah ali-Imran: 133)
Saudara-saudari yang dirahmati
Allah,
Orang-orang
yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di
dalam al-Quran:
“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini
tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk
bagi orang-orang yang bertaqwa. “
(Surah al-Baqarah: 1-2)
Orang-orang
yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan
layak mendapat bantuan Allah di
dunia lagi. Firman Allah bermaksud:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada
Allah nescaya Dia akan menjadikan
baginya jalan keluar dan memberinya
rezeki dari arah yang tidak disangkasangka.”
(Surah at-Talaq: 2-3)
Orang-orang
bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:
“Sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang bertaqwa dari kalangan kamu”
(Surah al-Hujurat: 13)
Saudara-saudari yang dirahmati
Allah,
Oleh itu, taqwa
adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang
paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta
diberikan bantuan sejak di dunia lagi. Pasti untuk memperolehinya agak sukar. Namun
kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT. Janji
Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat
taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa
kita Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.
No comments:
Post a Comment