Renungan
Ramadhan 5
Saudara-saudari yang dirahmati
Allah,
Ketahuilah
bahawa puasa yang sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat
untuk mendapat rahmat, pahala dan
keberkatan dari Allah. Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang
terpilih, special, dan mempunyai keistimewaan pada hari qiamat. Sahal bin Sa’ad
berkata bahawa Nabi (saw) bersabda:
“Sesungguhnya syurga itu mempunyai
sebuah pintu, disebut “rayyan”. Akan
diseru pada hari qiamat: “ Mana
orang yang berpuasa?”. Lalu bila orang yang
terakhir dari mereka telah masuk,
maka pintu itupun ditutup”.
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Puasa ini juga
bakal menjadi pembela dan pemberi syafaat kepada kita.
Menurut Abdulah bin Umar (ra), Nabi
(saw) bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi
syafaat bagi hamba, pada hari qiamat.
Berkata puasa: “Ya Tuhan, Engkau
larang ia makan dan memuaskan syahwat di
waktu siang, dan sekarang ia meminta
syafaat padaku kerana itu”. Dan berkata
pula al-Quran: “ Engkau larang ia
tidur di waktu malam, sekarang ia meminta
syafaat padaku mengenai itu”. Maka
syafaat kedua mereka pun diterima oleh
Allah.” (hadis riwayat Ahmad)
Orang yang
berpuasa akan bergembira apabila bertemu dengan Tuhannya nanti
seperti hadis dariAbu Hurairah
bahawa Nabi (saw) bersabda:
“ Dan orang yang berpuasa itu
beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan
hati: di kala berbuka, ia akan bergembira
dengan berbuka itu, dan di saat ia
menemui Tuhannya nanti, ia akan
gembira kerena puasanya.”
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan
an-Nisa’i)
Jelas kepada
kita status atau kedudukan orang-orang yang berpuasa. Memang
dalam mengerjakan puasa itu terdapat
kesukaran, keletihan dan kesusahan.
Memang puasa memerlukan pengorbanan
dan kesabaran. Tetapi yakinlah
dengan janji Allah melalui lisan
Nabi-Nya ini. Puasa bakal memohon syafaat
bagi kita. Kita mempunyai
keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke
syurga. Dan kita akan bergembira
bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga
apabila kita bertemu dengan Allah
nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki.
Semoga Allah menggabungkan kita ke
dalam orang-orang istimewa dan
memperoleh syafaat dari puasa yang
kita kerjakan.
No comments:
Post a Comment