Renungan Ramadhan 11
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Kita kini berada di hari ke 9 Ramadhan. Ini bermakna, kita telah hampir berada di fasa
kedua Ramadhan. Kita telah meninggalkan fasa “rahmat” manakala kita kini
memasuki fasa “maghfirah”. Sepuluh hari yang berlalu, kita berharap rahmah,
belas kasihan dari Allah. Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah terbuka luas
menunggu kepulangan hamba-hamba-Nya.
Kita perlu menilai semula, review pencapaian kita. Untuk itu, kita boleh
mengambil iktibar dari sebuah kisah yang dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa
mengenai Al-Hasan bin Abul Hasan al-Bishri. Bahawa beliau ini pada suatu
ketika di bulan Ramadhan berjalan melalui satu kelompok manusia yang sedang
tertawa sambil bersenda gurau, kemudian al-Hasan berkata:
“Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadhan sebagai bahan ujian
yang tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumbalumba,
atau dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan kepada Allah (SWT).
Kemudian ada golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah
orang-orang yang beruntung dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang
tertinggal di belakang dan mereka itulah orang-orang yang menyesal dan
merasa mendapat kerugian yang besar. Oleh sebab itu adalah heran seheranherannya
ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermain-main pada hari
seperti sekarang ini dalam bulan Ramadhan, padahal di saat ini adalah hari
sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya , sedangkan ada
sebahagian manusia lainnya yang merasa rugi dan menyesal. Yang berbahagia
ialah orang-orang yang mendahului kawan-kawannya untuk mentaati Dzat Yang
Maha Pencipta, dan yang merugi ialah orang yang hanya gemar melakukan
kebatilan dan kesia-siaan.”
Setelah melalui sepertiga Ramadahan, eloklah kita berhenti sejenak, menilai
prestasi kita dalam sepuluh hari yang telah berlalu. Antara soalan yang boleh
kita tanyakan diri kita ialah:
Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan ramadhan
yang penuh berkat ini?
Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita?
Sudahkan kita memastikan anak-isteri-suami dan seluruh keluarga kita
sama-sama menikmati keberkatan Ramadhan ini?
Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap
hari? Jika standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita
telah melebihi sepuluh juzuk.
Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur
disempurnakan?
Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan
berazam untuk meneruskannya ke hujung Ramadhan?
Sejauh manakah Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang
lepas?
Kuatkan tekad untuk melipatganda amal dan beristighfar atas ketelanjuran
kita.
No comments:
Post a Comment