Renungan Ramadhan 14
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Negara parasit Israel ditubuhkan melalui mandat PBB pada 1947. Pada tahun
1947 juga, sebuah tanah Islam lain turut tergadai sehingga hari ini.
Jammu dan Kashmir ialah sebuah wilayah yang terletak di sempadan utara
India dan Pakistan. Ia terkenal sebagai satu kawasan mempunyai kawasan
semulajadi yang amat cantik dan menarik.
Semasa kemerdekaan India pada 1947, negara Pakistan ditubuhkan untuk
rakyat benua kecil tersebut yang beragama Islam. Setiap wilayah yang
mempunyai kerajaan sendiri ketika itu diberikan pilihan samada mahu
bergabung dengan India atau Pakistan. Bagi wilayah yang majoriti penduduknya
menganut seagama dengan pemimpinnya, itu tidak menjadi masalah. Tetapi
bagi Kashmir, lebih 70% penduduknya beragama Islam manakala pemimpinnya
ketika itu ialah Maharajah yang beragama Hindu. Beliau telah memilih untuk
bergabung dengan India manakala majoriti penduduknya mahu bersama
Pakistan. Gabenor British di India telah meminta pemilihan muktamad diadakan
berdasarkan satu pungutan suara. Majlis Keselamatan PBB dalam Resolusi no
47 (1948) telah bersetuju dan dengan jelas mengarahkan supaya antara lain:
“The Government of India should undertake that there will be established in
Jammu and Kashmir a Plebiscite Administration to hold a plebiscite as soon as
possible on the question of the accession of the State to India or Pakistan”
Masalah terbesar ialah, sehingga kini India enggan dan menafikan hak rakyat
Kashmir untuk menentukan masa depan mereka. Sehingga kini, India tetap
bertegas mengaku bahawa Kashmir adalah sebahagian dari negara India.
Sehingga kini pungutan suara yang diputuskan oleh PBB lebih 54 tahun yang
lalu masih belum dapat dilaksanakan.
Dalam pada itu, India telah mengukuhkan cengkaman kuku-besinya ke atas
Kashmir. Pelbagai cara telah dibuat oleh pihak berkuasa India untuk
menghapuskan gerakan pembebasan Kashmir. Pejuang dan keluarga telah
ditangkap, dipenjara, dibunuh dan dicabuli. Kini, lebih 500,000 askar India kini
menduduki Kashmir menjadikan wilayah tersebut seperti negara polis.
Sehingga kini PBB meletakkan status Kashmir sebagai ‘wilayah yang
dipertikaikan’; yakni PBB sendiri tidak mengiktirafnya sebagai sebahagian
daripada India. Namun, polisi ‘double standard’ PBB jelas kelihatan kerana
berbeza dengan Iraq contohnya, PBB tidak pula menguat-kuasakan
resolusinya sendiri.
Demikian sepintas lalu berkenaan dengan sebuah wilayah umat Islam yang
dijajah, sehinggakan umatnya menjadi pelarian di tanahair sendiri. Semoga kita
lebih prihatin dengan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di tempat lain.
Marilah sama-sama kita mendo’akan Allah memberi jalan keluar terbaik bagi
mereka.
No comments:
Post a Comment